suria

RM50 Juta Untuk Pilihan Raya Negeri Sarawak - SPR

KUALA LUMPUR: Sebanyak RM50 juta telah dibelanjakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk melaksanakan pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-10 pada April lepas.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, bagi kementerian-kementerian dan agensi-agensi lain, jumlah perbelanjaan mereka adalah mengikut anggaran bajet yang telah ditetapkan oleh kementerian dan agensi masing-masing.

Mohamad Nazri berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Teo Nie Ching (DAP-Serdang) di Dewan Rakyat hari ini.

Teo bertanya mengenai perbelanjaan SPR, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan kerajaan dalam pilihan raya DUN Sarawak yang lepas. - BERNAMA

Artikel Lain