Rayuan Pendakwa Terhadap Pembebasan Karpal Singh 13 Julai - Semasa | mStar

Rayuan Pendakwa Terhadap Pembebasan Karpal Singh 13 Julai

PUTRAJAYA: Rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan peguam Karpal Singh atas tuduhan melafazkan kata-kata menghina terhadap Sultan Perak, akan didengar oleh Mahkamah Rayuan pada 13 Julai. Tarikh itu ditetapkan selepas kes itu dikemukakan untuk pengurusan kes di hadapan timbalan pendaftar Mahkamah Rayuan N. Kanageswari pada Jumaat.

Pendengaran rayuan pada mulanya ditetapkan 14 Jun tetapi dijadualkan semula 13 Julai. Pada 11 Jun tahun lalu, Karpal Singh, 70, dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas dakwaan melafazkan kata-kata menghasut di pejabat peguamnya Tetuan Karpal Singh & Co di Jalan Pudu Lama antara tengah hari dan 12.20 tengah hari 6 Feb 2009.

Hakim Azman Abdullah membebaskan peguam veteran itu tanpa memerintahkan beliau membela diri atas tuduhan berkenaan selepas memutuskan bahawa pendakwa gagal mengemukakan bukti di bawah Seksyen 3 (1) Akta Hasutan 1948, yang mencetuskan kecenderungan menghasut, menghina atau ketidaktaatan kepada Sultan.

Beliau berpendapat pengerusi kebangsaan DAP itu telah memberikan pendapatnya dengan merujuk kepada Undang-undang Tubuh negeri Perak dan peruntukan undang-undang dari keputusan-keputusan mahkamah. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain