suria

Najib Kembali Dari Kazakhstan Petang Ini

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka tiba dari Astana, Kazakhstan pada pukul 4.10 petang hari ini di Terminal Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.

Beliau berada di Kazakhstan sejak Isnin lalu untuk lawatan rasmi negara. Ia adalah kunjungan rasmi Najib yang pertama ke negara yang kaya dengan sumber asli itu.

Kazakhstan adalah antara negara pengeluar gas terbesar dunia.

Sementara itu, Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Tan Sri Da'i Bachtiar akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim di Tingkat 8, Angkasapuri pada pukul 2.30 petang hari ini.

Artikel Berikut

Artikel Lain