Skim Pinjaman Perumahan Akan Diwujudkan Untuk Golongan Yang Tidak Mempunyai Pendapatan Tetap - Semasa | mStar

Skim Pinjaman Perumahan Akan Diwujudkan Untuk Golongan Yang Tidak Mempunyai Pendapatan Tetap

KUALA LUMPUR: Sebuah skim pinjaman perumahan akan diperkenalkan di seluruh negara khusus untuk warga emas dan golongan yang tidak mempunyai pendapatan tetap.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata pihaknya telah mengadakan perbincangan mengenai skim itu dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan baru-baru ini untuk memudahkan warga emas yang berusia 50 tahun ke atas dan golongan yang berkerja sendiri untuk memiliki sebuah rumah kos rendah.

"Pihak bank tidak meluluskan pinjaman perumahan kepada golongan ini kerana mereka tidak mempunyai sumber pendapatan yang tetap pada setiap bulan dan tidak mempunyai penyata akaun yang menyakinkan pihak bank untuk membuktikan mereka memperolehi pendapatan RM1,000 pada setiap bulan bagi tempoh setahun.

"Golongan ini kebanyakannya berniaga sendiri seperti penjaja dan peniaga makanan, sekiranya skim ini mendapat persetujuan kerajaan kelak, ia akan memudahkan mereka untuk memiliki sebuah rumah kelak," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Parti Progresif Penduduk (PPP) Wilayah Persekutuan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini Ahad. Turut hadir ialah Presiden PPP Datuk M.Kayveas.

"Bagi warga emas pula, mereka telah menetap di Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melebihi 10 tahun selepas berpindah dari kawasan penempatan setinggan maka sudah semestinya mereka tidak mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh untuk membayar pinjaman perumahan," kata Raja Nong Chik.

Katanya skim itu berbeza berbanding pinjaman perumahan yang disediakan bank kerana ia akan lebih fleksibel dengan mengambil kira kedudukan kewangan, pekerjaan dan usia mereka.

Bagaimanapun, ia masih di peringkat kajian dan cadangan skim pinjaman perumahan itu akan dibentangkan ke kabinet untuk mendapat kelulusan pada masa yang terdekat ini, katanya.

Skim itu boleh menggunakan konsep yang digunakan oleh Singapura menerusi skim perumahan rakyat yang diuruskan oleh Lembaga Pembangunan dan Perumahan yang membantu rakyatnya membeli daripada menyewa sebuah rumah kos rendah, katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Tarif Elektrik Dimumkan Petang Ini

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain