Kerajaan Diminta Salurkan Subsidi Kepada Kumpulan Sasar Yang Betul - Semasa | mStar

Kerajaan Diminta Salurkan Subsidi Kepada Kumpulan Sasar Yang Betul

KUALA LUMPUR: Kerajaan harus memulakan langkah-langkah proaktif bagi memastikan golongan miskin dan berpendapatan rendah tidak terjerumus ke kancah kemiskinan yang teruk sebaik sahaja rasionalisasi subsidi dilaksanakan.

Jaringan sosial yang disasar dan ditadbir dalam bentuk pindahan pendapatan terus, elaun kos hidup atau sistem baucar bagi barangan yang terlibat adalah antara kemungkinan langkah-langkah tersebut, kata ketua ekonomi kumpulan RAM Holdings Bhd, Dr Yeah Kim Leng.

"Bagi tempoh jangka panjang, ia hanya melalui pendidikan, latihan dan peluang peningkatan pendapatan yang efektif yang akan membolehkan golongan miskin keluar daripada perangkap kemiskinan dan inflasi," katanya kepada Bernama dalam satu temubual, Selasa. Beliau berkata sekiranya penyelarasan harga dibandingkan dengan negara-negara lain, terutamanya dalam kumpulan berpendapatan rendah dan sederhana, tindak balas kerajaan Malaysia terhadap kejutan harga komoditi dan tenaga global tidak begitu serius, disebabkan terutamanya negara memiliki sumber semulajadi yang banyak.

Meskipun penurunan subsidi, harga runcit barangan boleh dimakan utama seperti beras, tepung, gula, minyak masak, dan barangan bukan makanan seperti petrol dan gas memasak, kekal di bawah harga pasaran, perbezaan yang diserap kerajaan menerusi sistem subsidi.

"Terdapat justifikasi ekonomi dan sosial yang kukuh bagi mengekalkan subsidi tetapi ia sepatutnya tidak berada pada tahap yang membahayakan kekuatan kewangan kerajaan serta keupayaan ekonomi untuk menangani kenaikan seterusnya harga," kata Yeah.

Beliau mengingatkan rakyat akan kesan negatif sekiranya entiti komersial di bawah kerajaan seperti Petronas dan Tenaga Nasional, terus menanggung bebanan besar bagi mengekalkan subsidi kepada rakyat. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

Artikel Lain