Rosmah Hadiri Sidang Kemuncak Wanita Global 2011 Di Turki Mulai Khamis Ini - Semasa | mStar

Rosmah Hadiri Sidang Kemuncak Wanita Global 2011 Di Turki Mulai Khamis Ini

KUALA LUMPUR: Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor akan menghadiri Sidang Kemuncak Wanita Global 2011 yang berlangsung selama tiga hari mulai Khamis ini di Istanbul, Turki.

Sidang kemuncak yang bertemakan "Wanita: Membina Penyelesaian Kepada Abad 21" merupakan forum tahunan bagi tokoh dan pemimpin negara merangka halatuju, strategi dan program ke arah meningkatkan pencapaian wanita dalam bidang ekonomi dan keusahawanan.

Kenyataan Wisma Putra Isnin menyebut forum itu juga bertujuan memberi peluang kepada para peserta bertukar pandangan dan berkongsi pengalaman mengenai amalan terbaik ke arah meningkatkan taraf ekonomi wanita di negara masing-masing.

Sejak diadakan pada 1992, ia mendapat reputasi sebagai forum antarabangsa yang penting dan berjaya menemukan tokoh serta pemimpin wanita daripada sektor awam dan swasta dalam pelbagai bidang dari seluruh dunia.

Semasa berada di Turki, Rosmah dijadual menyampaikan ucapan dan menjadi anggota panel Forum Wanita Pertama yang akan diadakan pada Jumaat, bersama-sama isteri Perdana Menteri Turki Emine Erdogan dan Wanita Pertama Namibia Penehupifo Pohamba.

Rosmah, yang akan diiringi Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan isteri Timbalan Perdana Menteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, dijadual berlepas petang esok.

Rombongan itu turut disertai 65 orang, termasuk anggota Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti), usahawan-usahawan wanita serta pegawai kanan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta SME Corporation.

Rosmah juga dijangka menyertai sesi dialog dan jaringan Pertubuhan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana bersama Usahawan Wanita Malaysia di sebuah hotel di Istanbul.

Selain itu, beliau turut diberi penghormatan untuk membunyikan loceng pembukaan urusniaga Bursa Saham Istanbul. - BERNAMA

Artikel Berikut

Rozita Che Wan buat lawak lagi?

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain