suria

Ismail Omar Dibenar Keluar Dari Hospital

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar pada Ahad dibenarkan keluar dari wad Hospital Pantai Kuala Lumpur selepas dirawat akibat kepenatan sejak Jumaat lepas.

Difahamkan, beliau telah pulang ke kediamannya di Bukit Antarabangsa, Hulu Klang pada kira-kira 12 tengah hari tadi dan akan berehat untuk beberapa hari sebelum kembali bertugas.

Sementara itu, Setiausaha Polis Bukit Aman Datuk Ghazali Md Amin berkata Ismail dibenarkan pulang pada 1.30 petang selepas berehat selama tiga hari.

"Pada masa ini kesihatan beliau adalah di tahap yang terbaik," katanya dalam satu kenyataan di sini, Ahad.

Difahamkan, beliau telah pulang ke kediamannya di Bukit Antarabangsa, Hulu Klang dan akan berehat untuk beberapa hari sebelum kembali bertugas.

Ismail, 57, dimasukkan ke hospital itu selepas mengadu tidak sihat ketika menghadiri Perhimpunan Bulanan Polis Diraja Malaysia di Bukit Aman pada Jumaat. -BERNAMA

Artikel Lain