suria

Pembayar Cukai Hati-hati Jangan Dedah Maklumat Peribadi Melalui E-Mel

KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), Datuk Dr Mohd Shukor Mahfar berkata, pembayar cukai perlu berhati-hati agar tidak menjawab e-mel atau SMS yang meminta maklumat peribadi atau mendakwa menawarkan bayaran balik cukai.

Menurutnya, hampir dua juta pembayar cukai mendaftar sebagai pengguna e-filling tahun lepas.

Kata beliau lagi, menerusi Laporan "State of Spam and Phishing Report" terbitan bulanan Symantec, pembayar cukai boleh mendapatkan maklumat terkini mengenai langkah keselamatan online.

Tegas beliau, pembayar cukai perlu mengamal langkah-langkah selamat apabila menggunakan perkhidmatan itu secara online.

"Maklumat sulit dalam fail cukai, termasuk nombor pengenalan, alamat, gaji, butiran kewangan dan nombor hubungan perlu dilindungi," katanya dalam satu kenyataan bersama Symantec Malaysia di sini, Rabu.

Beliau berkata, tarikh akhir mengisi borang cukai pendapatan dan membuat pembayaran adalah pada 30 April ini dan sebarang pertanyaan atau kemusykilan boleh dirujuk kepada Pusat Khdimat Pelanggan LHDN dengan menelefon 1-300-88-3010.

Artikel Lain