suria

PRN Sarawak: Kronologi Pilihan Raya

BERIKUT kronologi suasana pilihan raya negeri Sarawak ke-10.

9 malam: Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengumumkan BN telah memenangi 36 kerusi, DAP 5, PKR 3 dan Bebas 1.

Dengan ini BN memperoleh majoriti melebihi 50 peratus daripada jumlah kerusi dalam Dewan Undangan Negeri.

5.20 petang: SPR sahkan sebanyak 62 peratus pengundi keluar mengundi bagi 34 kerusi yang dipertandingkan.

4.30 petang: SPR maklumkan sehingga pukul 4 petang, sebanyak 1,413 pusat mengundi tetalh ditutup manakala 336 lagi masih dibuka.

4.00 petang: Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, sehingga pukul 3 petang, peratusan keluar mengundi bagi 19 kerusi DUN ialah sebanyak 61 peratus.

1,307 pusat mengundi sudah ditutup manakala 368 pusat mengundi masih dibuka.

9.02 pagi: Penasihat Khas kepada Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem tiba di pusat mengundi Dewan Datuk Merpati jepang bagi menunaikan tanggungjawabnya sebagai pengundi.

9.00 pagi: Calon PKR, Ahmad Nazib Johari tiba bersama isteri di pusat mengundi Dewan Datuk Merpati Jepang untuk mengundi.

8.40 pagi: Calon BN, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg tiba di pusat mengundi Dewan Datuk Merpati Jepang, Satok.

8.00 pagi: Proses pengundian bagi seluruh negeri Sarawak bermula.

7.45 pagi: Susana sekitar bandaraya Kuching mendung, namun orang ramai mula tiba di pusat mengundi Dewan Datuk Merpati Jepang di Satok.

(Lagi berita menyusul)

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain