suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Warga Emas Maut Nahas Kereta Dan Treler

BENTONG: Seorang warga emas maut apabila kereta jenis Proton Perdana V6 yang dipandunya merempuh bahagian belakang sebuah treler di km42, lebuh raya Kuala Lumpur-Karak, malam Sabtu.

Menurut Ketua Polis Daerah Bentong Supritendan Rosli Abdul Rahman, ketika kejadian pada 8 malam itu, mangsa Yusoff Abdul Rahman, 67, berasal dari Dungun, Terengganu memandu kereta bersendirian dari Kuala Lumpur menuju arah Kuantan.

"Tiba di kawasan kemalangan, mangsa dipercayai gagal mengawal kenderaan lalu melanggar bahagian belakang sebuah lori treler yang sedang bergerak perlahan di laluan kiri lebuh raya itu," katanya kepada pemberita di sini, Ahad.

Rosli berkata mangsa mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.

"Pemandu lori treler tidak cedera dan kes itu kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya. - BERNAMA

Artikel Lain