suria

756 Orang Dipindahkan Kerana Banjir Di Kinabatangan

KINABATANGAN: Seramai 756 orang dari tujuh kampung di Pengkalan Bukit Garam di sini dipindahkan akibat banjir.

Penolong Pegawai Daerah Arisin Aripin berkata kampung yang terjejas ialah Desa Permai, Kuamut, Buang Sayang, Danau Ria, Bukit Garam, Sri Manis dan Litang.

Beliau berkata sehingga pukul 4 petang ini, paras air Sungai Kinabatangan ialah 10.14 meter (paras bahaya 10.30 meter).

"Sebagai langkah berjaga-jaga, mereka yang dipindahkan dinasihat supaya tidak pulang ke rumah masing-masing sehingga keadaan banjir pulih sepenuhnya," katanya. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain