suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Abdul Taib Angkat Sumpah Sebagai Ketua Menteri Sarawak

KUCHING: Tan Sri Abdul Taib Mahmud mengangkat sumpah jawatan sebagai Ketua Menteri di Astana Negeri di sini Sabtu malam selepas Barisan Nasional (BN) memenangi dua pertiga majoriti dalam pilihan raya negeri Sarawak ke-10.

Taib, yang memakai baju Melayu warna ungu, mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Negeri, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng dalam satu majlis ringkas.

Pada pilihan raya negeri kali ini BN memenangi 55 kerusi daripada 71 kerusi yang dipertandingkan.

Ini adalah penggal kelapan Taib yang juga pengerusi BN Sarawak memegang tampuk pemerintahan negeri sejak dilantik sebagai Ketua Menteri Sarawak pada Mac 1981.

Beliau mengekalkan kerusi Balingian dengan mengalahkan dua pencabarnya, iaitu calon Bebas Datuk Salleh Jafaruddin dan calon PKR Suriati Abdullah dengan majoriti 5,154 undi.

Pada pilihan raya negeri 2006, Taib telah mengangkat sumpah jawatan sehari selepas BN memenangi 62 daripada 71 kerusi dalam pilihan raya itu.

Taib sebelum ini menyatakan kesediaannya untuk melepaskan jawatan ketua menteri dan ini adalah pilihan raya terakhir yang diketuainya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain