Sertai Kaji Selidik Mingguan mStar di mStar Online - Semasa | mStar

Sertai Kaji Selidik Mingguan mStar di mStar Online

PETALING JAYA: Sisipan akhbar Mingguan mStar, yang diterbitkan bersama akhbar Sunday Star sedang melalui proses kaji selidik menerusi portal mStar Online bermula Isnin lalu.

Proses tersebut berlangsung untuk melihat respons orang ramai terhadap isi kandungan sisipan berkenaan selain berusaha untuk menambahbaikkan lagi pengisiannya sejak diterbitkan pada 28 Mac tahun lalu.

Pengarang Bersekutu Mingguan mStar dan mStar Online, Rozaid A.Rahman berkata, kaji selidik itu amat penting untuk mengetahui sejauh manakah minat orang ramai terhadap sisipan berkenaan yang sudah berusia lebih setahun.

“Usaha ini untuk membolehkan para pembaca khususnya mereka yang tinggal di luar Lembah Klang memberi respons sama ada positif atau sebaliknya bagi membolehkan pihak kami memperkemaskan lagi sisipan berkenaan,” katanya.

Akhbar Mingguan mStar kini hanya diterbitkan di sekitar Lembah Klang iaitu Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Putrajaya dan Shah Alam serta boleh didapati di outlet 7-Eleven di Lembah Klang.

Ia juga merupakan akhbar mingguan berbahasa Malaysia yang pertama yang diterbitkan bersama akhbar mingguan berbahasa Inggeris di Semenanjung Malaysia.

Bermula Isnin lalu, ia diterbitkan secara digital menerusi portal mStar Online bagi membolehkan pembaca di luar Lembah Klang yang selama ini tidak berpeluang menatap sisipan itu membuat penilaian mengenainya.

Rozaid berkata, dalam tempoh kaji selidik ini, pihaknya akan menyiarkan sisipan berkenaan selama empat minggu berturut-turut iaitu setiap hari Isnin iaitu sehari selepas edisi cetak sisipan itu berada di pasaran.

Katanya, pembaca boleh klik pada pautan sisipan itu yang terdapat pada sebelah kanan atas portal mStar Online serta membacanya sehingga habis pada setiap kandungan.

“Pada helaian akhir akhbar versi digital itu, pembaca perlu menjawab beberapa soalan mudah bagi membolehkan pihak kami menilai mengenai minat pembaca terhadap sisipan tersebut,” katanya.

Tambah Rozaid, setiap hari Isnin sehingga akhir bulan ini, orang ramai boleh melayari sisipan tersebut untuk melihat bahan-bahan menarik yang disiarkan merangkumi berita dan rencana hiburan, isu semasa, gaya hidup trendi, laporan eksklusif, sukan dan juga tip kecantikan dan banyak lagi.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

Artikel Lain