Peguam SPRM Dakwa Saksi Berbohong Diseksa Secara Mental dan Psikologi

KUALA LUMPUR: Peguam Datuk Seri Muhammed Shafee Abdullah yang mewakili Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mendakwa anggota Majlis Perbandaran Kajang Tan Boon Wah berbohong apabila beliau diseksa secara mental dan psikologi oleh pegawai SPRM.

Isu itu timbul apabila Tan didakwa tidak memasukkan kenyataan itu dalam afidavit berhubung saman yang difailkan ke atas SPRM, Selangor pada 22 Julai 2009 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

"Afidavit itu hanya mempersoalkan temu bual yang dibuat ke atas Tan dalam tempoh masa 17 jam yang melebihi waktu pejabat dan tidak memasukkan kenyataan Tan diseksa oleh pegawai SPRM, seolah-olah perkara itu tidak pernah berlaku," katanya pada prosiding Siasatan Kematian Teoh Beng Hock di sini.

Ketika disoal Muhammed Shafee mengapa afidavit itu tidak mengandungi tempoh temu bual yang melebihi waktu pejabat dan tidak dimasukkan isu mengenai beliau diseksa, Tan berkata:

"Saya tidak mengetahui kandungan afidavit itu kerana segala urusan mengenai perkara itu disediakan oleh peguam Karpal Singh".

Tan, yang ditahan dan disoal siasat SPRM pada hari sama dengan Teoh, berkata beliau telah membuat laporan polis pada 17 Julai 2009 dengan ditemani peguam N. Surendran dan dalam laporan itu telah dinyatakan bahawa pegawai SPRM menyeksanya secara mental dan psikologi.

Tan, yang sebelum ini pernah memberi keterangan di dalam inkues di Mahkamah Majistret, Shah Alam, berkata beliau berada di pejabat SPRM, Selangor pada 8.30 malam 15 Julai 2009 sehingga dibenarkan pulang pada 1.35 tengah hari 16 Julai 2009.

Dalam prosiding suruhanjaya itu semalam, Tan berkata beliau terpaksa berdiri selama empat jam mulai 10 malam 15 Julai 2009 sehingga 2 pagi keesokannya dan disoal dengan cara yang kasar.

Ketika disoal Muhammed Shafee mengapa beliau memfailkan saman terhadap SPRM, Tan berkata:

"Seorang kakitangan dari pejabat peguam Karpal Singh telah menghubungi saya dan meminta untuk pergi ke pejabat mereka selepas ditemu bual oleh SPRM pada 15 dan 16 Julai 2009".

Tan juga menafikan beliau memfailkan saman itu adalah untuk memalukan atau menghancurkan SPRM, sebaliknya bagi mengelakkan perkara itu dari berlaku ke atas saksi-saksi lain.

Sementara itu, Tan yang juga ahli perniagaan memberitahu suruhanjaya itu bahawa Teoh mempunyai perwatakan peramah dan senang diajak berbincang.

Beliau yang mengenali Teoh, setiausaha politik kepada anggota Exco Selangor, sejak 2006 menyifatkannya sebagai sukakan kanak-kanak dan tidak suka berbual mengenai orang lain dan pandai menyimpan rahsia.

Ketika disoal seorang anggota suruhanjaya, Dekan Fakulti Perubatan Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya, Profesor Dr Mohamed Hatta Shaharom sama ada Teoh seorang yang berani, Tan berkata: "Teoh seorang yang nampak lemah pada luaran, tetapi dalaman nampak kuat".

Tan juga berkata hubungan Teoh dengan majikannya Ean Yong Hian Wah amat rapat dan Teoh menghormati majikannya.

Teoh, 30, ditemui mati pada 16 Julai 2009 di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor selepas memberi kenyataan di pejabat SPRM di tingkat 14 bangunan itu.

Suruhanjaya itu dipengerusikan oleh Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri James Foong Cheng Yuen dan turut dianggotai bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Kadir Sulaiman, bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk T.S.Nathan dan Pakar Perunding Patologi Forensik Hospital Pulau Pinang Datuk Dr Bhupinder Singh. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Warga Tua Rentung Dalam Kebakaran

Artikel Berikut

Klik

Laksana tanggungjawab perangi Covid-19, sumbangan mega Petronas saat krisis tiada sempadan – “Diharapkan Malaysia lebih kuat dan utuh di masa depan”

DENGAN keadaan yang tidak menentu ketika ini akibat pandemik Covid-19, terdapat keperluan bagi negara untuk bersama-sama menangani penularan wabak itu.

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Artikel Lain