suria

Tiga Sahabat Didakwa Membunuh

KUALA LUMPUR: Tiga sahabat kini berhadapan dengan hukuman mati mandatori selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat, atas pertuduhan membunuh, dua minggu lalu.

Penganggur S. Sanger, 39, S. Sivasangkar, 29, (penyelia kilang) dan K. Nirosh Kumar, 29, (juruteknik) bagaimanapun tidak memberikan sebarang pengakuan terhadap pertuduhan tersebut.

Semua mereka sekadar menganggukkan kepala sebagai tanda faham akan pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Siti Shakirah Mohtarudin.

Tertuduh didakwa membunuh Ahmad Sharidd Akhbar Shah, 27, pada antara pukul 5.30 dan 6 pagi, 6 Mac lalu di bilik nombor 1515, tingkat 15, Seasons Tower, Jalan 1/773, Off Changkat Thambi Dollah, di sini.

Mereka didakwa melakukan kesalahan tersebut bersama seorang lagi yang masih bebas dan pendakwaan dikendalikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.

Siti Shakirah menetapkan 18 Mei depan sebagai sebutan semula kes.

Artikel Lain