Pindaan Interlok Tunjukkan Kemajuan Menggalakkan - Muhyiddin - Semasa | mStar

Pindaan Interlok Tunjukkan Kemajuan Menggalakkan - Muhyiddin

PUTRAJAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pindaan dalam novel Interlok menunjukkan kemajuan menggalakkan walaupun beliau belum menerima butiran terperinci daripada panel bebas yang diketuai oleh Prof Datuk Shamsul Amri Baharuddin.

Timbalan Perdana Menteri berkata selepas menerima butiran terperinci terhadap bentuk pindaan yang dibuat dalam beberapa hari lagi, perkara itu akan dimaklumkan kepada pemimpin masyarakat India bagi memastikan semua pihak berpuas hati dan menerimanya sebulat suara.

"Kita akan beri peluang kepada wakil daripada masyarakat India untuk maklumkan kepada pemimpin supaya apa yang diputuskan itu secara konsesi dapat diterima oleh mereka. Saya juga akan membawa perkara itu ke kabinet sebab perkara ini sudah sampai ke tahap nasional," katanya kepada pemberita di sini, Selasa.

Pada 27 Januari lepas, Muhyiddin berkata novel Interlok, yang mencetuskan kontroversi kerana mengandungi beberapa perkataan yang tidak disenangai masyarakat India, akan terus digunakan sebagai teks komponen sastera bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia untuk murid Tingkatan Lima di Zon 2 iaitu di Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor dan Negeri Sembilan. Bagaimanapun, kerajaan telah bersetuju untuk membuat pindaan pada bahagian yang dianggap sensitif oleh masyarakat India dalam novel karya Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain itu.

Selain Shamsul Amri, yang juga pengarah Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), panel itu turut dianggotai isteri penulis novel berkenaan, Datin Siti Saroja Basri.

Yang lain termasuk Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Datuk Termuzi Abdul Aziz, Pengarah Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya, Prof Datuk Zainal Abidin Borhan; Prof Madya Dr Lim Swee Tin dari Jabatan Bahasa Melayu Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia (UPM), Pengarah Pusat Pendidikan Global Aminuddin Baki Universiti Pendidikan Sultan Idris, Prof Dr N.S Rajendran, bekas pegawai Kementerian Pelajaran, G Krishnabahawan dan penulis, Uthaya Sankar. -BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain