suria

Kira-Kira 60 Buah Rumah Musnah Dalam Kebakaran Di Kampung Titingan, Tawau

TAWAU: Kira-kira 60 buah rumah, termasuk dua buah rumah kongsi 20 puluh pintu, musnah dalam kebakaran di Kampung Titingan yang berlaku kira-kira pukul 11.45 pagi tadi.

Ketika laporan ini dibuat, anggota Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Tawau masih bertungkus-lumus memadamkan kebakaran berkenaan walaupun telah berjaya mengawal api daripada merebak. - BERNAMA

Artikel Lain