suria

Dr Michael Jeyakumar Peroleh Kebenaran Semak Peruntukan Khas Parlimen

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat, memberi kebenaran kepada permohonan Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr Michael Jeyakumar Devaraj untuk mendapatkan deklarasi bahawa peruntukan khas kawasan parlimen diberikan secara saksama.

Hakim (Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) Datuk Aziah Ali memberi kebenaran itu selepas menolak bantahan awal Peguam Negara yang difailkan terhadap semakan tersebut.

Kes itu akan disebut semula pada 18 Mac depan bagi menetapkan tarikh pendengaran semakan.

Berita penuh akan dilaporkan kemudian.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain