Pencuri Pecah Masuk Pasar Raya Larikan RM135,000 - Semasa | mStar

Pencuri Pecah Masuk Pasar Raya Larikan RM135,000

KLANG: Sebuah pasar raya besar di Kapar, dekat sini, kehilangan wang tunai hampir RM135,000 apabila premis berkenaan dipecah masuk oleh penjenayah dalam kejadian, Khamis.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Supritendan Mohamad Shukor Sulong, berkata kejadian itu disedari oleh seorang pengawal keselamatan berusia 21 tahun ketika memeriksa pejabat pasar raya berkenaan pada pukul 6.10 pagi.

"Kami meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis berkenaan yang merakamkan imej seorang lelaki bertopeng pada pukul 1.30 pagi. Lelaki itu kemudian cuba menutup CCTV," katanya ketika dihubungi.

Shukor berkata sejumlah RM134,957.35 dilarikan dari peti besi di pejabat pasar raya itu.

Adalah difahamkan bahawa peti besi itu tidak dikopak dan polis menyiasat sama ada kes itu ada kaitan dengan kerja orang dalaman. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Artikel Lain