suria

10 Lagi Kematian Melibatkan Pengguna Motosikal

KUALA LUMPUR: Penunggang motosikal terus menjadi kumpulan tertinggi yang maut akibat kemalangan jalan raya semalam, yang merupakan hari ke-13 Ops Sikap ke-23.

Statistik yang dikeluarkan Polis Cawangan Trafik Bukit Aman menerusi laman webnya menunjukkan 1,217 kemalangan direkodkan di seluruh negara semalam, yang membawa kepada 12 kematian dengan 10 daripadanya membabitkan penunggang motosikal.

Angka itu menjadikan 179 kematian direkodkan sejak operasi bermula pada 27 Jan lepas sehingga semalam, dengan 118 daripadanya membabitkan penunggang motosikal.

Jalan-jalan bandaran merekodkan angka kemalangan tertinggi dengan 552 kemalangan diikuti jalan persekutuan (284), jalan negeri (200), lebuhraya (100) dan jalan-jalan lain (81).

Sebanyak 12,981 saman dikeluarkan bagi pelbagai kesalahan trafik semalam. Ops Sikap ke-23 berakhir esok. - BERNAMA

Artikel Lain