suria

Perkhidmatan KTMB Ke Timur, Selatan Hari Ini Dibatal

KUALA LUMPUR: Beberapa perkhidmatan tren ke selatan dan timur Semenanjung dibatalkan pada Isnin akibat banjir dan tanah runtuh antara Bahau dan Tampin di Negeri Sembilan hingga ke Kluang, Johor.

KTM Berhad dalam satu kenyataan di sini berkata perkhidmatan yang terbabit ialah Ekpress Rakyat KL Sentral-Singapura/Singapura-KL Sentral dan Ekspress Sinaran Timur dan Kuala Lipis-Singapura/Singapura-Kuala Lipis.

Bagi perkidmatan Gemas-Singapura, penumpang akan dibawa dengan bas dari Gemas ke Kluang sebelum meneruskan perjalanan ke Singapura manakala bagi perkhidmatan dari Singapura ke Gemas, perkhidmatan akan berhenti di Kluang sebelum penumpang dibawa dengan bas ke Gemas.

Penumpang Ekspress Senandung Wau dari KL Sentral ke Tumpat akan menaiki bas dari KL Sentral ke Mentakab sebelum menaiki tren ke Tumpat manakala bagi laluan Tumpat ke KL Sentral pula, penumpang akan menaiki tren dari Tumpat ke Mentakab sebelum meneruskan perjalanan ke KL Sentral menaiki bas.

Penumpang yang terjejas akibat pembatalan itu boleh membuat pertukaran tarikh perjalanan atau menuntut pemulangan tiket di kaunter KTM yang berhampiran, kata kenyataan itu.

Untuk pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan KTMB di talian 1-300-88-5862.

Artikel Lain