suria

PPDNKK Rampas 11 Komputer Termasuk Perisian Bernilai RM40,000

SEREMBAN: Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Negeri Sembilan merampas 10 komputer termasuk perisian komputer bernilai RM40,000 dalam satu operasi Gerak Gempur Cetak Rompak di sebuah pusat siber di Jalan Tun Dr Ismail di sini, Jumaat.

Timbalan Pengarahnya Mohd Nor Musa berkata operasi selama lima jam bermula pukul 11.30 pagi adalah berdasarkan aduan daripada syarikat Microsoft Corporation.

"Tindakan diambil berdasarkan kepada pengesahan daripada wakil pengadu berhubung dengan pengisian salinan langganan perisian komputer.

"Hasil pemeriksaan mendapati 10 unit komputer mengandungi perisian komputer Microsoft Windows XP yang disyaki salinan langgaran perisian komputer tanpa kebenaran daripada tuan punya perisian komputer iaitu syarikat Microsoft Corporation," katanya kepada pemberita.

Katanya operasi itu membabitkan tujuh pegawai penguatkuasa PPDNKK Negeri Sembilan bersama wakil syarikat Microsoft Corporation.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41 Akta Hak Cipta 1987.

"Siasatan lanjut akan dijalankan setelah mendapat pengesahan daripada pihak Microsoft Corporation untuk kita dakwa kes ini di mahkamah. Pemilik perniagaan itu akan dipanggil untuk diambil keterangan," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

ADUN Merlimau Meninggal Dunia

Artikel Lain