ADUN Pelabuhan Klang Sangkal Dakwaan Beliau Tak Hadir Sidang Dewan - Semasa | mStar

ADUN Pelabuhan Klang Sangkal Dakwaan Beliau Tak Hadir Sidang Dewan

PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah menegaskan beliau masih wakil rakyat yang sah kawasan tersebut mengikut undang-undang.

Beliau juga menolak pengumuman yang dibuat Speaker Selangor, Datuk Teng Chang Khim berhubung kekosongan kerusi yang dimenanginya itu pada pilihan raya umum 2008 atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Tegasnya, kenyataan Teng bahawa beliau tidak hadir sidang DUN Selangor selama lebih setengah tahun adalah tidak benar.

"Saya masih ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) Pelabuhan Klang yang sah.

"Tak benar kalau beliau kata saya tidak hadir sidang DUN selama enam bulan...tak benar sama sekali," katanya kepada mStar Online di sini, Rabu.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pengumuman Speaker Selangor berhubung kekosongan kerusi berkenaan petang tadi di Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah di Shah Alam.

Mengikut Artikel 69 perlembagaan Selangor, mana-mana ADUN yang tidak hadir ke sidang DUN bagi tempoh enam bulan akan menyaksikan kerusinya diisytiharkan kosong oleh speaker.

Ditanya sama ada beliau pernah tidak hadir pada mana-mana sidang DUN sebelum ini, beliau berkata: "Waktu saya masih ADUN Bebas saya ada hadir dan waktu saya sudah menyertai Umno juga saya hadir.

"Cuma saya pernah menghantar surat cuti kepada speaker sewaktu persidangan bajet bertarikh 8 hingga 16 November atas masalah kesihatan, katanya.

Diminta mengulas mengenai tindakannya selepas ini sama ada mahu mencabar keputusan Speaker Selangor, Badrul Hisham berkata beliau akan berbincang mengenainya dengan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor untuk tindakan lanjut.

Badrul Hisham meninggalkan PKR pada Oktober 2009 dan memilih menjadi ADUN Bebas yang mesra Barisan Nasional (BN) tetapi kemudiannya menyertai Umno pada Mei tahun lalu.

Beliau memenangi kerusi Pelabuhan Klang pada pilihan raya umum 2008 di bawah tiket PKR dengan majoriti 4,407 undi menewaskan calon BN Roselinda Abd Jamil.

Beliau mendapat 12,397 undi berbanding Roselinda yang mendapat 7,990 undi dan calon Bebas Nazir Mansor pula mendapat 580 undi.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

Artikel Lain

Zidane dedah buat kesilapan besar musim ini