suria

Wakil Rakyat Sarawak Kumpulan Pertama Temui Najib

KUALA LUMPUR: Pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bersama 137 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) bagi membincangkan mengenai permasalahan di kawasan masing-masing berlangsung di bilik Perdana Suite berhampiran Dewan Merdeka di PWTC hari ini.

Perdana Menteri tiba kira-kira pukul 9.20 pagi diiringi Setiausaha Agung BN yang juga Ahli Parlimen Putrajaya, Tengku Adnan Tengku Mansor.

Kumpulan pertama dari Sarawak yang dilihat mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri kira-kira pukul 9.30 pagi tadi ialah Ahli Parlimen Santubong yang juga Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar; Ahli Parlimen Mas Gading, Datuk Dr Tiki Lafe dan Ahli Parlimen Petrajaya yang juga Timbalan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Datuk Fadillah Yusof.

Difahamkan Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Pekan meluangkan masa dengan setiap kumpulan kira-kira 15 minit.

Pertemuan ini dijangka berlarutan sehingga pukul 3.30 petang.

Artikel Sebelum

Artikel Lain