suria

Lelaki Maut Ditikam Dalam Pergaduhan

ALOR GAJAH: Seorang lelaki maut selepas diserang tiga lelaki semasa beliau sedang minum petang di sebuah kedai makan di Taman Mewah di sini petang Khamis.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supritendan Umar Ali Saifuddin berkata kejadian berlaku pada kira-kira pukul 2.50 petang semasa V. Parassu, 38, yang berasal dari Kampung Medan, Jalan Klang Lama, Petaling Jaya, sedang minum di kedai itu bersama tiga rakannya.

Beliau berkata ketika itu tiga lelaki muncul di kedai tersebut lalu terus menyerang serta menikam Parassu dengan sebilah pisau, dan Parassu yang melarikan diri, kemudiannya rebah kira-kira 200 meter dari kedai itu.

Umar meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi bahagian siasatan jenayah balai polis Alor Gajah dengan menelefon 06-2842222 bagi membantu siasatan.

Beliau berkata mayat Parassu dihantar ke Hospital Melaka untuk dibedah siasat, dan kes bunuh itu sedang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Tujuh GRO Rakyat China Diberkas

Artikel Berikut

Artikel Lain