suria

TPM Lancar Laman Web Suruhanjaya Kebangsaan Unesco Malaysia

PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melancarkan laman web Suruhanjaya Kebangsaan Unesco Malaysia (SKUM) di Kementerian Pelajaran di sini, Selasa.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran dan Presiden SKUM melancarkan laman web tersebut bersempena dengan Mesyuarat Agung SKUM Kali Ke-36 yang berlangsung di kementerian tersebut.

Laman web itu berfungsi sebagai penghubung kepada pengunjung sama ada dalam negara atau luar negara bagi mengetahui pelbagai aktiviti yang akan dan telah dilaksanakan oleh SKUM.

Dengan mempamerkan aktiviti serta program yang dilaksanakan oleh SKUM, adalah diharapkan kewujudan SKUM akan terserlah di peringkat kebangsaan, serantau dan antarabangsa.

Laman web itu mempunyai beberapa paparan penting iaitu "NatCom Profile", "NatCom Structure", "Permanent Sub Committe", "Malaysian Permanent Delegation to Unesco", "Programme and Activities", "Services" dan "Gallery".

Terdahulu, Muhyiddin menerima kunjungan Menteri Pengangkutan Jalan dan Lebuh Raya India, Kamal Nath di pejabatnya di Kementerian Pelajaran.

Nath tiba kira-kira 2 petang dan pertemuan itu berlangsung selama setengah jam, dan beliau juga dijangka mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada petang Selasa.

Nath yang tiba Isnin, adalah dalam rangka lawatan kerja selama tiga hari ke negara ini. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain