suria

Malaysia Airlines Di Kedudukan Ke-Sembilan Syarikat Paling Dikagumi Di Malaysia

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines ditempatkan pada ranking ke-embilan daripada senarai 10 syarikat Malaysia paling dikagumi di bawah Asia 200 Survey Wall Street Journal.

Asia 200 Survey Wall Street Journal menawarkan satu reviu prestasi syarikat-syarikat utama di Asia. syarikat berkenaan diberi ranking di segi kriteria kepentingan utama: inovasi, wawasan jangka panjang, kualiti, reputasi korporat dan reputasi kewangan.

Sejumlah 2,742 eksekutif dan profesional mengambil bahagian dalam kaji selidik online itu, yang dilakukan antara 9 April dan 4 Jun, 2010. Kaji selidik pembaca perniagaan di Asia itu telah dilaksanakan sejak 1993 oleh Far Eastern Economic Review sehingga ditukar formatnya lima tahun lepas.

Ini adalah kali ke-empat kaji selidik itu diterbitkan oleh Wall Street Journal Asia.

"Kami gembira menerima pengiktirafan ini daripada para pembaca Wall Street Journal. Ia merupakan satu penghormatan menjadi antara 10 syarikat Malaysia yang utama," kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines Tengku Datuk Seri Azmil Zahruddin dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.

"Tahun ini sangat menerujakan kerana tahun ini juga kami menerima ketibaan pesawat B737-800 baharu yang pertama pada Oktober. Ini menandakan permulaan program pembaharuan pesawat kami.

"Kami menjangka menerima pesawat A330-300 yang baharu pada April 2011 dan A380 pada 2012. Menjelang 2015, kami akan memiliki pesawat terbaharu di rantau ini," katanya. Tengku Azmil berkata syarikat itu juga sedang mengusahakan cara untuk bergerak seiringan dengan teknologi terbaharu.

"Kami juga telah menaik taraf MHmobile, iaitu perkhidmatan mudah alih di mana para pengembara kini boleh mendapatkan ciri-ciri tambahan. Pada masa yang sama, kami turut memperkenalkan MHkiosk, iaitu kiosk ipad yang pertama.

Pada tahun ini, syarikat penerbangan itu juga ditauliahkan dengan "Kecermerlangan Perkhidmatan Pekerja bagi Anugerah Asia 2010" dan "Anugerah Kelas Ekonomi Terbaik di Dunia 2010," oleh Skytrax Skytrax.

MAS juga diiktiraf sebagai "Syarikat Penerbangan Terbaik di Asia Tenggara" oleh GT Tested Awards, iatu satu majalah Pengembaraan Global ke-tujuh di dalam senarai 10 syarikat penerbangan terbaik di dalam Kategori 10 syarikat Penerbangan Terbaik dalam Pandangan Pendapat 2010 oleh Smart Travel Asia.

Syarikat penerbangan itu juga diundi sebagai "Syarikat Utama Dunia ke Asia" oleh Anugerah World Travel. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Zaid Sah Presiden Baru Kita

Artikel Berikut

Artikel Lain