200 Orang Terlepas Penerbangan Kerana Penutupan Jambatan Pulau Pinang - Semasa | mStar

200 Orang Terlepas Penerbangan Kerana Penutupan Jambatan Pulau Pinang

GEORGE TOWN: Lebih 200 orang, kebanyakannya pelancong terlepas penerbangan apabila tiba lewat di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang berikutan Jambatan Pulau Pinang ditutup untuk acara maraton tahunan.

Ramai terpaksa membatalkan rancangan percutian mereka selain terpaksa membeli tiket lebih mahal pada saat akhir bagi memastikan mereka dapat pergi destinasi masing-masing.

Pejabat The Star di Pulau Pinang dihujani dengan panggilan daripada penumpang-penumpang terbabit, termasuk antaranya mengadu kerana mereka sudah keluar lebih awal untuk ke lapangan terbang bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.

Ahli perniagaan, Sunny Lim, 49, daripada Nibong Tebal berkata, dia meninggalkan rumah pada pukul 7 pagi bagi mengejar penerbangan ke Kuching pada pukul 9.55 pagi namun dia masih di dalam feri pada pukul 9.30 pagi.

“Saya mahu melalui jambatan tetapi terpaksa pulang semula apabila melihat lalu lintas sesak. Saya kemudiannya menuju ke terminal feri dan tepaksa menunggu lebih daripada dua jam sebelum menaiki feri.

“Saya tiada pilihan lain jadi membeli tiket RM700 ke Kuala Lumpur dan mengambil satu penerbangan lain untuk ke Kuching kerana sudah tiada lagi penerbangan terus dari Pulau Pinang ke destinasi itu,” katanya ketika ditemui di lapangan terbang.

Mekanik, Adib Jalaluddin, 21, amat kecewa dengan keadaan itu apabila dia dan keluarganya terpaksa membatalkan percutian mereka ke Kuching kerana tiba terlalu lewat untuk mendaftar masuk bagi penerbangan pada pukul 9.55 pagi.

Berdasarkan pemeriksaan dengan Malaysia Airports Bhd mendapati, kira-kira 200 penumpang terpaksa tidur semalaman di lapangan terbang itu kerana takut ketinggalan penerbangan mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Pelancongan kerajaan negeri, Danny Law Heng Kiang berkata, kerajaan negeri akan mengkaji langkah-langkah lebih proaktif bagi mengelakkan kejadian itu berulang pada masa akan datang.

“Kami sebenarnya telah memaklumkan kepada orang ramai mengenai penutupan jambatan sejak bebebrapa bulan sebelum acara Jambatan Pulau Pinang Marathon Antarabangsa 2010 menerusi media dan peringatan di jambatan,” katanya.

Laluan trafik di Jambatan Pulau Pinang ditutup antara pukul 1 pagi hingga 10 pagi berikutan maraton tersebut membabitkan lebih 24,000 peserta.

Maraton pada tahun lepas pula telah menyebabkan seramai 14 pelancong Britain terlepas penerbangan untuk pulang apabila bas yang dinaiki mereka dari hotel di Batu Ferringhi ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur terpaksa menukar laluan ke terminal feri.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

Artikel Lain