suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tumit Bengkak: Muhyiddin Batal Lawatan Ke Sarawak

KUCHING: Timbalan Perdana Menteri membatalkan lawatan dua harinya ke Sarawak mulai hari ini kerana mengalami bengkak di tumit.

Setiausaha akhbar beliau Datuk Ainon Mohd memberitahu Bernama bahawa Muhyiddin dinasihatkan oleh doktor supaya berehat.

"Oleh itu, YAB Tan Sri Haji Muhyiddin terpaksa membatalkan lawatan kerjanya ke Sarawak hari ini dan esok.

"Timbalan Perdana Menteri memohon maaf jika timbul sebarang kesuliatan," katanya dalam satu kenyataan kepada Bernama.

Timbalan Perdana Menteri dijadual melawat Limbang dan Lawas hari ini dan esok untuk menghadiri beberapa program termasuk sesi bertemu rakyat.

Ainon berkata Muhyiddin akan kembali bertugas Khamis ini.

Artikel Sebelum

Artikel Lain