suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anggota Parti Bersekutu Keliru Istilah "Bersekutu" BN

KOTA KINABALU: Anggota Parti Barisan Rakyat Sabah Bersekutu (BERSEKUTU), sebuah parti pembangkang di Sabah, mendakwa keliru dengan penggunaan istilah anggota "bersekutu" yang dicadangkan Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) untuk membenarkan keahlian terus parti pemerintah, Ahad.

Presiden BERSEKUTU Berman Angkap berkata pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai persetujuan Dewan Tertinggi (BN) meminda perlembagaannya dengan memperkenalkan keanggotaan bersekutu dan keanggotaan bergabung, menimbulkan salah faham tentang kedudukan parti BERSEKUTU sebagai pembangkang.

"Mereka ingat kami menyertai BN tanpa pengetahuan dan persetujuan mereka," katanya.

Berman juga meminta penjelasan mengenai kedudukan parti itu dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) sekiranya pindaan perlembagaan BN itu berkuat kuasa dengan menggunakan istilah 'ahli bersekutu'.

"Parti kami sudah lama menggunakan nama BERSEKUTU. Kami telah mendaftar dan dibenarkan menggunakan istilah BERSEKUTU sejak 15 Jun 1990," katanya.

Selepas mempengerusikan Mesyuarat Dewan Tertinggi BN semalam, Najib berkata individu yang ingin menyertai BN boleh mohon secara terus menjadi anggota bersekutu.

Dewan Tertinggi BN, bagaimanapun, akan menentukan hak-hak dan keistimwewaan anggota bersekutu yang mana mereka tidak mempunyai hak yang sama seperti anggota parti komponen BN.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain