suria

Mayat Operator Jengkaut Hilang Dalam Laut Ditemui

JOHOR BARU: Mayat operator jengkaut yang hilang apabila dia dan jenteranya tenggelam ke laut dalam satu kejadian tanah mandap di tapak projek Lido Boulevard di Pantai Lido di sini, Jumaat lalu, ditemui pagi Ahad.

Mayat Mohd Nor Miskan,36, ditemui terapung di laut oleh anggota bomba dan penyelamat pada pukul 7.30 pagi.

Operator jengkaut itu melakukan kerja-kerja projek bersepadu komersial dan kediaman yang melibatkan penebusgunaan tanah seluas 123 hektar bermula pada awal bulan ini.

Turut tenggelam dalam insiden tersebut ialah tiga jengkaut, dua buah kontena dan sebuah generator elektrik.

Artikel Sebelum

Zaid Keluar PKR

Artikel Lain