suria

Najib Keluar Hospital Hari Ini

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini dibenarkan keluar Hospital Kuala Lumpur (HKL) setelah dimasukkan ke hopital itu sejak Khamis lepas.

"Beliau respon baik terhadap rawatan yang diberikan dan kini boleh mengikuti diet biasa," kata Ketua pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican dalam kenyataan di sini hari ini.

Najib pada mulanya dirawat kerana cacar tetapi pada Khamis lepas beliau dimasukkan ke hospital itu ekoran rasa tidak selesa dalam perut disebabkan ulser dan gastritis ringan.

Dr Mohd Ismail berkata cacar air pulih dengan baik dan para doktor menasihati beliau agar berehat di kediaman.

Perdana Menteri dijadual mengikuti pemeriksaan perubatan dalam masa beberapa hari, kata beliau.

Beliau juga berkata Perdana Menteri mengucapkan terima kasih kepada semua kakitangan perubatan HKL dan doktor peribadinya kerana dedikasinya dalam tidak terhingga dalam menjaga kesihatan beliau. - BERNAMA

Artikel Lain