Kesamaan, Kebersatuan Dan Bersatu Hati Ramuan Utama Untuk Kejayaan 1Malaysia - Samy Vellu - Semasa | mStar

Kesamaan, Kebersatuan Dan Bersatu Hati Ramuan Utama Untuk Kejayaan 1Malaysia - Samy Vellu

KUALA LUMPUR: Presiden MIC Datuk Seri S.Samy Vellu mahu konsep “kesamaan, kebersatuan, bersatu hati” yang menyatukan semua rakyat Malaysia dari pelbagai kaum pada 1957, untuk menjadi penggerak utama 1Malaysia.

Beliau berkata rakyat Malaysia perlu menghidupkan konsep tiga pihak yang telah merintis jalan kepada negara untuk mencapai kemerdekaan daripada British pada 1957.

“Ia adalah kesamaan, kebersatuan dan bersatu hati yang menghasilkan ramuan yang diperlukan untuk hubungan yang harmoni kira-kira 53 tahun lalu yang menyatukan masyarakat kita yang terdiri daripada pelbagai budaya, agama dan etnik," katanya dalam mesej sempena Deepavali.

Sambil mengucapkan Selamat menyambut Deepavali kepada semua rakyat Malaysia, Samy Vellu berkata rakyat Malaysia mesti mengambil perhatian serius berhubung isu-isu sensitif antara pelbagai kaum bagi mengekalkan keharmonian.

“Kita mesti menghargai, menilai dan menghormati pandangan dan pendapat pelbagai kaum di negara ini. Kita mesti berhati-hati mengenai sensiviti pelbagai tradisi, kebudayaan, adat, kepercayaan, agama dan cara hidup.

“Hanya dengan itu, kita dapat menjayakan konsep 1Malaysia. Dengan itu, kita dapat memanggil diri kita sebagai rakyat Malaysia,” katanya.

Beliau berkata corak kesederhanaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan langkah untuk membawa Malaysia bergerak ke depan bagi mencapai status negara perindustrian pada 2020.

“Kita mesti mengambil pendirian sederhana apabila berdepan dengan isu sensitif dan berkemampuan untuk menyelesaikannya melalui perundingan daripada melalui konfrontasi,” katanya.

Samy Vellu berkata kaum India juga mesti mengamalkan sikap sederhana bagi memastikan bahawa hak-hak mereka dipelihara.

“Kita tidak boleh berpecah kerana ia hanya akan menyukarkan kita untuk menuntut bahagian kita dalam kekayaan negara. Kita mesti bercakap dengan kesamaan, kebersatuan dan bersatu hati juga,” katanya.

Beliau mengakui bahawa generasi baru kaum India di Malaysia lebih berpendidikan, berdaya usaha dan sedar mengenai hak-hak mereka sebagai rakyat negara ini.

Samy Vellu berkata generasi baru inilah yang akan menggerakkan kaum itu menjadi bebas, berpendidikan tinggi dan kukuh dari segi ekonomi.

Sementara itu, sambil mengucapkan Selamat menyambut Deepavali kepada penganut Hindu, Naib Presiden MIC Datuk Dr S.Subramaniam meminta mereka supaya meneruskan usaha bagi membina negara bangsa.

“Usaha membina negara bangsa memerlukan kita untuk bersatu dan memastikan keamanan itu dikekalkan. Ia juga memerlukan kita supaya berfikiran terbuka dan melibatkan diri dalam perbincangan bagi mengelakkan konfrontasi,” katanya.

Dr Subramaniam yang juga Menteri Sumber Manusia berkata rakyat Malaysia mencintai keamanan dan sentiasa berusaha dan mempunyai kemampuan untuk menggerakkan Malaysia menjadi sebuah ekonomi berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Beliau berkata masyarakat India perlu melengkapkan diri mereka dengan kemahiran dan pengetahuan yang sesuai bagi meneroka pelbagai peluang yang disediakan kerajaan.

“Kerajaan ikhlas dalam membantu masyarakat India untuk maju dengan menyediakan platform dalam pelbagai lapangan. Semuanya terpulang kepada kita untuk terus memajukan diri dan membina kehidupan yang lebih baik," katanya. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

Artikel Lain