suria

Pemandu Lori Terbunuh Selepas Rempuh Dua Kereta

IPOH: Seorang maut manakala enam lagi cedera dalam kemalangan apabila dua buah kereta dirempuh sebuah lori di Jalan Raja Nazrin Shah dekat sini malam Jumaat, menurut Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah Ipoh, Deputi Supritendan Mohd Rodzi Rejab.

Beliau berkata mangsa yang terbunuh ialah pemandu lori terbabit, Lai Fa, 63 dari Persiaran Bercham Timur 5, Bercham, Ipoh dan meninggal semasa dalam perjalanan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

Siasatan mendapati lori membawa muatan ikan berkenaan sedang menuju ke bandar raya Ipoh apabila ia terbabas ke laluan bertentangan sebelum melanggar dua buah kereta dari arah berkenaan, katanya.

Lima mangsa daripada kedua-dua kereta berkenaan dimasukkan ke HRPB kecuali seorang yang lain hanya cedera ringan, kata beliau.

Kemalangan tersebut yang berlaku pada kira-kira pukul 8 malam, menyebabkan kesesakan lalulintas lebih dua jam, tambah beliau.

"Pemandu lori terbabit tersepit dan telah keluarkan dengan bantuan anggota bomba dan penyelamat yang dikejarkan ke tempat kejadian," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain