suria

PDRM Umum Pelantikan Ketua-Ketua Polis Negeri

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada Jumaat mengumumkan pelantikan enam pegawai tinggi yang baru.

Mereka ialah;

(1). Ketua Polis Kuala Lumpur: DCP Datuk Zulkifli Abdullah (bekas Ketua Polis Perak).

(2). Ketua Polis Selangor: SAC Datuk Tun Hisan Hamzah (bekas Ketua Polis P.Pinang).

(3). Ketua Polis Pahang: SAC Datuk Sharifuddin Abd Ghani (bekas Tim.Ketua Polis Pahang).

(4). Ketua Polis Kedah: SAC Datuk Ahmad Ibrahim (bekas Tim. Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman).

(5). Pesuruhjaya Polis Sabah: SAC Datuk Hamzah Taib (bekas Tim. Pesuruhjaya Polis Sarawak) dan;

(6). Tim. Ketua Polis Kuala Lumpur:SAC II Amar Singh Ishar Singh (bekas Komandan Pusat Latihan Polis).

Pengumuman tersebut dibuat oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar selepas mesyuarat Suruhanjaya Polis di Bukit Aman. Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Dalam pada itu, Ismail turut mengumumkan keputusan kerajaan untuk menaikkan gred tiga pengarah jabatan Bukit Aman kepada Jusa A.

Mereka ialah, Pengarah Cawangan Khas, Datuk Akhil Bulat; Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin dan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Khalid Abu Bakar.

Ismail berkata, mesyuarat itu juga bersetuju untuk mengesahkan jawatan yang dipangku oleh 53 pegawai kanan polis yang kini menyandang pangkat Superintenden kepada Timbalan Pesuruhjaya Polis.

Lain-lain nama, katanya, yang tidak diumumkan hari ini untuk tujuan kenaikkan dan pengesahan pangkat atau pertukaran akan diumumkan pada pertengahan bulan November nanti apabila Suruhanjaya Polis bersidang semula.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain