Modul PLKN Akan Dikaji Semula - Zahid Hamidi

ALOR GAJAH: Modul Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) akan dikaji semula bagi menerapkan nilai ekonomi untuk disesuaikan dengan pasaran tenaga kerja, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata melalui modul baru itu, sektor awam dan swasta akan memberi pengiktirafan kepada pelatih PLKN dengan memberi keutamaan kepada mereka ketika mengambil pekerja.

"Jabatan Latihan Khidmat Negara, badan profesional, bekas pelatih, jurulatih dan masyarakat umum akan membuat kajian menentukan apakah bentuk nilai ekonomi itu," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Bulan Bahasa Kebangsaan peringkat Kementerian Pertahanan di Kem Permata Resort, Air Paabas di sini malam Jumaat.

Ahmad Zahid berkata ia juga akan mengkaji kemungkinan melanjutkan lagi tempoh latihan PLKN yang kini selama tiga bulan.

Modul PLKN sedia ada melibatkan khidmat komuniti, latihan fizikal, pembinaan karakter dan kenegaraan.

Kira-kira 500,000 remaja berusia 18 tahun (lepasan Sijil Pelajaran Malaysia) telah mengikuti PLKN sejak ia dilaksanakan pada 2004, dan membabitkan kos sebanyak RM3.8 bilion, katanya.

Beliau berkata hasil kajian sebuah universiti tempatan yang dibentangkannya kepada jemaah menteri baru-baru ini, mendapati pelaksanaan PLKN telah mencapai matlamat penubuhannya, dan kabinet memberi penghargaan terhadap kejayaan itu.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid berkata seramai 3,168 jurulatih PLKN akan diperkasa melalui seminar Transformasi Kejurulatihan Unggul.

Katanya, mereka akan dilengkapi pelbagai pengetahuan berkaitan tugas masing-masing supaya dapat melaksanakan tanggungjawab dengan berkesan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Artikel Lain