suria

PKR, SAPP Tidak Sebulu

SANDAKAN: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengambil keputusan turut bertanding pada pilihan raya kecil kawawan Parlimen Batu Sapi ekoran Parti Maju Sabah (SAPP) dikatakan enggan berkompromi untuk bertanding di bawah payung Pakatan Rakyat.

Menurut Pengarah Pilihan Raya PKR bagi Batu Sapi Fuziah Salleh, PKR mahu berkompromi dengan SAPP, namun parti tempatan Sabah itu tidak mahu bekerjasama yang akhirnya memaksa PKR turut bertanding.

"SAPP cuma parti peringkat negeri dan tidak akan mampu membawa isu-isu nasional, negeri dan tempatan yang melibatkan rakyat Sabah ke Parlimen secara berkesan," kata Fuziah dalam sidang akhbar di sini.

Fuziah mengulas mengenai siapa sebenarnya "pengacau" dalam pertandingan tiga penjuru di Batu Sapi yang melibatkan Barisan Nasional (BN), PKR dan SAPP.

BN diwakili oleh Datin Linda Tsen Thau Lin sementara PKR dan SAPP masing-masing oleh Ansari Abdullah dan Presiden SAPP yang juga bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Yong Teck Lee.

Beliau berkata PKR dan SAPP juga tidak ada perjanjian atau persefahaman rasmi untuk tidak berkempen menentang sesama sendiri bagi menghadapi BN. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain