Che Mohd. Hashim KSU Baru Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani - Semasa | mStar

Che Mohd. Hashim KSU Baru Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani

KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Che Mohd Hashim Abdullah dilantik sebagai Ketua Setiausaha kementerian yang baru mulai 11 Nov, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Sidek Hasan.

Che Mohd Hashim, 56, akan menggantikan Datuk Mohd Mokhtar Ismail yang akan bersara pada 10 Nov.

Sidek berkata pelantikan Che Mohd Hashim dibuat berdasarkan pengalaman dan pengetahuan luasnya dalam bidang pembangunan industri dan keusahawanan.

"Saya percaya pengalaman luas dan pengetahuan yang dimiliki oleh Che Mohd Hashim akan membolehkan beliau mengetuai penjawat awam di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk melaksanakan secara berterusan proses-proses transformasi dalam sektor pertanian secara terancang, bersepadu dan menyeluruh, serta memastikan kejayaan industri pertanian sebagai salah satu jentera penting kepada pertumbuhan ekonomi negara," katanya dalam satu kenyataan.

Che Mohd Hashim berkelulusan Sarjana Sains Politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajian Asia Tenggara dari Universiti Malaya.

Beliau memulakan karier dalam Perkhidmatan Awam sebagai Pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pada 2 April 1980 dan menyertai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik pada 9 Jan 1984.

Beliau dilantik sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan) mulai 1 Jan tahun ini.

Beliau telah memegang pelbagai jawatan termasuk Timbalan Ketua Setiausaha (Usahawan) Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (2007-2009); Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (2007). - BERNAMA LES NH

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

Artikel Lain