Isu Malaysia-Indonesia: Kenyataan Anwar Angkuh - Semasa | mStar

Isu Malaysia-Indonesia: Kenyataan Anwar Angkuh

KUALA LUMPUR: Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman membidas kenyataan angkuh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa mampu menyelesaikan masalah dan pertikaian yang wujud antara Malaysia-Indonesia dalam masa beberapa minggu.

Beliau berkata, kenyataan Anwar itu sememangnya dapat diselesaikan dalam masa yang singkat sekiranya pemimpin dan rakyat negara ini sanggup menggadaikan maruah dan kedaulatan negara.

"Saya sebenarnya tak perlu dua minggu, saya boleh selesakan lima minit kalau saya sanggup gadaikan maruah dan kedaultan negara," katanya kepada media di lobi Parlimen di sini, Rabu.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai kenyataan Anwar di Jakarta semalam yang mendakwa pertikaian dan masalah Malaysia-Indonesia boleh diselesaikan segera jika beliau menjadi Perdana Menteri.

Dakwanya lagi, beliau hanya memerlukan beberapa minggu sahaja untuk mencari jalan penyelesaian terhadap segala kemelut yang berlaku melibatkan kedua-dua negara.

Malah Ahli Parlimen Permatang Pauh itu juga mendakwa bahawa beliau lebih memahami sistem pemerintah di Indonesia kerana mendukung demokrasi, berbanding pihak pemerintah Malaysia.

Bagaimanapun menurut Anifah, kemelut antara Malaysia-Indonesia lebih mudah diselesaikan sekiranya tiada dalang yang terlibat bagi memburukkan lagi keadaan.

"Perkara ini akan jadi lebih mudah untuk diselesaikan tanpa memakan masa yang panjang kalau tak ada orang yang menjadi dalang atau memburukkan negara dan burukkan keadaan," katanya sinis.

Mengulas lanjut, Anifah berkata beliau kesal dengan tindakan pihak-pihak tertentu memburukkan imej negara di Indonesia yang boleh menjejaskan nama baik Malaysia.

"Saya agak sedih kerana setiap warganaerga Malaysia sepatutnya tidak memburukkan negara tercita.

"Malah pemimpin di sana juga terkilan kenapa seseorang warga Malaysia yang menggegelar dirinya sebagai pemimpin sanggup memburukkan negara... ramai antara pendengar di sana tidak tahu mengenai keadaan sebenar di Malaysia, tapi disebabkan ada orang tertentu yang burukkan Malaysia, ada orang akan percaya dengan apa yang diutarakan," katanya.

Mengulas mengenai kenyataan Anwar bahawa Malaysia tidak mempraktikkan amalan demokrasi seperti Indonesia, beliau berkata: "Kalau kita tak praktikkan demokrasi, tak mungkin beliau jadi Ahli Parlimen dan tidak mungkin kita tewas di lima buah negeri pada pilihanraya 2008."

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

Artikel Lain