suria

Musa Mahu PDRM Sentiasa Berintegriti

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata integriti setiap jabatan dalam Polis Diraja Malaysia amat penting untuk kebaikan setiap pegawai dan anggotanya.

Dalam satu amanat menjelang persaraan beliau Isnin ini, Musa berkata apabila wujudnya integriti dalam pasukan, tanggungjawab membanteras jenayah dapat dilakukan dengan lebih efektif dan berkesan lagi.

"Jangan tolak ansur dalam soal integriti ini, rosak pasukan nanti," katanya pada majlis penyerahan tugas di sini hari ini kepada Tan Sri Ismail Omar yang dilantik menggantikan beliau.

Malah, Musa berkata, PDRM bukan peminta sedekah dan bukan "pungut duit orang lain" tetapi kewujudannya adalah untuk menjaga keamanan masyarakat dan negara.

Menurutnya, anggota dan pegawai PDRM tidak boleh berpuak-puak dan menjadi 'pak turut' bagi mengelak PDRM daripada gagal menjalankan tanggungjawabnya dengan lebih berkesan.

Beliau berkata setiap jabatan dalam PDRM perlu memberikan sokongan kepada Ismail bagi memacu PDRM untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada masyarakat dan negara. BERNAMA

Artikel Sebelum

Umno Dan MCA Bantu Mangsa Kebakaran

Artikel Berikut

Artikel Lain