suria

Polis Pulau Pinang Cari Tiga Saksi Kes Pembunuhan

GEORGE TOWN: Polis meminta orang awam membantu mengesan tiga lelaki yang dikhendaki hadir di Mahkamah Tinggi di sini sebagai saksi dalam satu kes pembunuhan pada 2006.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng berkata tiga saksi tersebut ialah Lee Boon Tat, 27, di alamat akhir 26D-10-02, Taman Krystal, 10470, Pulau Pinang.

Lee Wui Lin, 28, beralamat No. 15, Lee Jetty, 10300 Pulau Pinang dan Looi Ewe Chuan, 30, dari No.42 Lebuh Ah Quee, 10200 Pulau Pinang.

Katanya sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai tiga saksi itu supaya menghubungi balai polis berhampiran.

Dalam kes pembunuhan itu, seorang tukang kayu Yeu Ing Shing, 26 dan seorang penganggur Lee Wui Beng, 30, didakwa menikam Loh Zhi Peng di bahagian dada mangsa di Presgrave Street di sini pada 1 Oktober 2006.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh dalam kes itu. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain