suria

Imigiresen Kedah Tahan 13 PATI

ALOR SETAR: Jabatan Imigresen Kedah menahan 13 pendatang asing tanpa izin dan dua majikan warga Malaysia dalam serbuan berasingan di tiga lokasi di sekitar Kulim dan Lunas, dekat sini sejak petang semalam.

Timbalan Pengarah Imigresen Kedah Hasreena Hashim berkata tiga lelaki warga Bangladesh dan 10 wanita Thailand itu ditahan dalam serbuan di tiga premis di sekitar Kulim dan Lunas.

Beliau berkata operasi membabitkan 14 pegawai dan anggota yang diketuai oleh Timbalan Pengarah Penguatkuasa Imigresen negeri Saiful Rizam Hamzah itu bermula sejak pukul 4 petang semalam.

Katanya dalam tiga lelaki Bangladesh itu ditahan dalam serbuan pertama di bawah Ops Mahir yang dijalankan di tempat mencuci kereta di Kulim, dan ketiga-tiga mereka akan dikenakan tindakan di bawah Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002).

"Melalui Ops Sayang pula kami menahan 10 wanita Thailand di dua lokasi berbeza," katanya pada satu persidangan media di sini, Khamis.

Hasreena berkata semua pendatang asing itu ditahan di depoh Tahanan Belantik sebelum dihantar pulang ke negara asal masing-masing manakala dua majikan yang dipercayai melindungi semua pendatang itu akan didakwa mengikut Seksyen 56(1)(d)Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002). -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain