suria

NUTP Mahu Basmi Kes Penderaan Pelajar Di Sekolah

KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mahu membasmi sepenuhnya kes penderaan kanak-kanak di sekolah, kata Setiausaha Agung NUTP, Lok Yim Pheng.

Beliau berkata NUTP mahu 150,000 ahlinya berhati-hati terutama apabila menangani pelajar perempuan.

"Para guru mesti mematuhi garis panduan dan kod etika dalam menangani pelajar bermasalah," katanya kepada Bernama. Lok berkata pihak yang didapati bersalah melakukan penderaan pelajar tidak akan mendapat pertolongan NUTP.

Beliau berkata pihaknya begitu prihatin dengan pertambahan jumlah kes penderaan yang dilaporkan berlaku di sekolah sejak akhir-akhir ini.

Beliau bagaimanapun berkata hanya segelintir guru yang terbabit dalam kes mendera pelajar mereka.

Pada masa yang sama, NUTP juga mahu guru segera melapor kepada pihak sekolah atau kesatuan itu sekiranya mereka merasa menjadi mangsa atau diancam oleh ibu bapa atau pelajar. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain