suria

Peminta Sedekah Maut Dirempuh Lori Di Lebuhraya Jelutong

GEORGE TOWN: Seorang peminta sedekah maut apabila dirempuh sebuah lori ketika melintas Lebuhraya Jelutong di sini malam Jumaat.

Mangsa dipercayai berusia lingkungan 40-an.

Pegawai Turus Trafik Negeri, ASP Abdul Rahim Md Din berkata, kejadian berlaku kira-kira 8.05 malam dari arah Bayan Lepas menghala ke pusat bandar ini.

"Mangsa tidak dapat dikenal pasti. Mangsa hanya membawa satu beg plastik," katanya.

Pemandu lori berkenaan, Yahya Ibrahim, 57, berkata, dia melihat mangsa dalam keadaan terhuyung hayang ketika melintasi lebuh raya tanpa sempat mengelak daripada melanggar mangsa.

"Saya terkejut tetapi tidak dapat berbuat apa-apa kerana pada masa itu trafik sangat sibuk dan saya tidak sempat untuk mengelak," katanya yang turut cedera ringan. - BERNAMA

Artikel Lain