suria

Umno Pusat Akan Selesaikan Masalah Dalaman Bahagian-Bahagian - Zahid

SUNGAI PETANI: Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Umno Pusat akan melaksanakan beberapa tindakan untuk menyelesaikan masalah dalaman yang dihadapi bahagian-bahagian.

Beliau berkata Umno pusat mempunyai maklumat mengenai bahagian-bahagian yang menghadapi masalah dalaman.

"Ada bahagian-bahagian yang masih terperangkap (dengan masalah dalaman) walaupun ia tidaklah seteruk sebelum ini. Kita akan selesaikan tetapi ia tidak boleh diselesaikan dalam masa yang singkat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Merbok di sini hari ini.

Katanya masalah-masalah dalaman Umno sering kali memberi kesan kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya.

"Dalam pilihan raya, kita (BN) kalah bukan kerana kekuatan pembangkang tetapi kerana adanya sabotaj daripada orang dalam Umno sendiri. Ia selalu berlaku apabila mereka tidak suka calon yang dipilih," katanya. - BERNAMA

Artikel Lain