Ku Li Sedia Jadi Saksi Kelantan Di Mahkamah - Semasa | mStar

Ku Li Sedia Jadi Saksi Kelantan Di Mahkamah

GUA MUSANG: Bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, beliau sedia menjadi saksi bagi pihak Kerajaan Negeri Kelantan sekiranya kerajaan negeri itu membawa kes tuntutan royalti minyak ke mahkamah.

Anggota Parlimen Gua Musang itu berkata tawaran itu dibuat kerana beliau lebih mengetahui mengenai latarbelakang isu berkenaan berikutan pernah dilantik sebagai orang yang bertanggungjawab dan ditugaskan menubuh Petronas serta terbabit dalam penyediaan Akta Petroleum.

"Saya boleh jadi saksi mengenai perkara itu kerana Akta Petroleum yang dipakai sampai sekarang adalah adil untuk kerajaan negeri membuat tuntutan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Iba Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan Chiku 2, dekat sini, hari ini.

Sebelum ini, Exco Kerajaan Negeri Kelantan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Royalti, Datuk Husam Musa berkata kerajaan negeri Kelantan akan membawa isu royalti minyak ke mahkamah pada 30 Ogos nanti.

Kerajaan Negeri Kelantan yang diterajui PAS bertegas mahukan kerajaan pusat membayar royalti minyak dan bukan wang ihsan walaupun mengikut peraturan, negeri tersebut tidak layak menerima royalti kerana dua telaga minyak yang didakwa milik Kelantan terletak lebih tiga batu nautika dari pesisiran pantai negeri itu.

Kerajaan pusat setakat ini telah menyerahkan wang ihsan sebanyak RM25 juta kepada Kelantan.

Tengku Razaleigh yang juga Ketua Umno Bahagian Gua Musang berkata, Akta Petroleum memberi hak kepada negeri-negeri yang mengeluarkan minyak menuntut hak royalti minyak. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain