suria

Banjir Di Singapura: Empat Cedera Selepas Kereta Dihempap Pokok Tumbang

Angin Kencang menyebabkan sekurang-kurangnya pokok tumbang di beberapa jalan utama di Singapura yang mengakibatkan kesesakan lalu lintas.
Angin Kencang menyebabkan sekurang-kurangnya pokok tumbang di beberapa jalan utama di Singapura yang mengakibatkan kesesakan lalu lintas.
Angin Kencang menyebabkan sekurang-kurangnya pokok tumbang di beberapa jalan utama di Singapura yang mengakibatkan kesesakan lalu lintas.

SINGAPURA: Empat orang cedera selepas beberapa pokok tumbang atau dahan pokok menghempap beberapa kereta yang dinaiki mereka pada pagi Jumaat ekoran hujan lebat dan angin kuat yang menyebabkan banjir kilat di kebanyakan kawasan di sini.

Laman web The Straits Times Singapore melaporkan angin kencang telah menyebabkan sekurang-kurangnya enam pokok tumbang yang sebahagiannya tumbang di jalan-jalan utama sehingga menghalang lalu lintas.

Hujan lebat dan angin kuat pada pagi Jumaat telah menyebabkan banyak pokok tumbang sehingga mengakibatkan kesesakan lalu lintas di kebanyakan jalan dan kawasan yang terlibat dengan banjir di sini.

Berikutan banyak pokok tumbang, beberapa jalan utama dilencongkan seperti dari Ayer Rajah Expressway (AYE) menghala East Coast Park sebelum susur keluar Buona Vista.

Ini termasuk:

Persimpangan Lower Delta Road dari Bukit Purmei Avenue

Persimpangan Kampong Bahru Road dan Silat Avenue

Tuas South Avenue 1

Persimpangan Beach Road dan Jalan Sultan Road

Persimpangan AYE dan Clementi Avenue 6

Pan Island Expressway (PIE) menghala Jurong selepas Mount Pleasant Road

Persimpangan Orchard Road dan Killiney Road

Persimpangan River Valley Road menghala Kim Seng Road

Polis trafik turut melencongkan lalu lintas bagi mengelakkan daripada persimpang Balmoral Road dan Bukit Timah Road.

Setakat 2.30 petang semalam, semua jalan yang terjejas ekoran banjir di sini masih boleh digunakan kecuali di Kampong Bahru dan Silat Avenue.

Artikel Lain