suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Warga Emas Maut Dihempap Pokok Kelapa Yang Ditebangnya

BALING: Seorang warga emas maut akibat dihempap oleh sebatang pokok kelapa yang ditebang oleh beliau bersama dua rakannya di Kampung Sadik, Kupang di sini petang semalam.

Kejadian berlaku pada kira-kira pukul 4.45 petang semasa Saidin Abdullah, 63, yang bekerja sebagai penoreh getah bersama dua lagi rakannya sedang menebang pokok itu kerana bimbang ia akan tumbang ke atas rumah berdekatan.

Anak saudara Saidin, Basri Shafie, 43, berkata, bapa saudaranya ketika itu sedang menarik tali yang diikat pada batang pokok kelapa berkenaan bersama dengan seorang rakannya, manakala seorang lagi menebang pokok itu menggunakan gergaji enjin.

Katanya, Saidin yang tidak sempat melarikan diri apabila pokok itu tumbang, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala manakala rakannya pengsan.

Basri berkata, mayat bapa saudaranya itu dibawa ke Hospital Daerah Baling (HDB) untuk bedah siasat. - BERNAMA

Artikel Lain