suria

Rosnah Nafi Pergeseran Dalam Puteri Umno

KULIM: Ketua Pergerakan Puteri Umno Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata dakwaan berlakunya pergeseran dalam pergerakan itu terutama di peringkat bahagian adalah satu spekulasi yang cuba memecahbelahkan Puteri Umno.

Katanya beliau yakin ini adalah satu spekulasi yang berniat serong yang cuba ditimbulkan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab dan semata-mata mahu memecahbelahkan pertalian akrab di kalangan pemimpin pergerakan ini.

Bercakap kepada pemmberita selepas merasmikan mesyuarat Perwakilan Pergerakan Puteri Umno Bahagian Kulim Bandar Baharu di sini semalam, Rosnah yang juga Timbalan Menteri Kesihatan berkata sehingga kini kepimpinan pergerakan itu di peringkat bahagian lebih-lebih lagi di Kedah tiada mengalami sebarang masalah.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan wujudnya situasi tersebut berikutan ada pihak-pihak yang mempunyai agenda peribadi Rosnah berkata beliau mahu kepimpinan Puteri Umno di peringkat bahagian dan negeri mengutamakan kepentingan parti dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13 nanti.

Beliau mengingatkan mereka yang ada rasa tidak puas hati supaya mengutamakan kepentingan perjuangan Puteri yang menjadi sayap kepada Umno, bukannya mengutamakan kepentingan peribadi. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain