Guru Maut Selepas Dirempuh Bas Ekspres - Semasa | mStar

Guru Maut Selepas Dirempuh Bas Ekspres

BUKIT MERTAJAM: Seorang guru maut selepas kereta yang dipandunya dilanggar sebuah kenderaan lain sehingga berpusing dan melintang di tengah jalan sebelum dirempuh sebuah bas ekspres di Kilometer 147.5 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) menghala utara di sini awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.15 pagi itu, mangsa S. Bhaskaran, 35, memandu seorang diri dari Kuala Lumpur sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Jitra, Kedah.

Pemangku Pegawai Turus Trafik Pulau Pinang ASP Ahmad Ezzely Razali berkata kemalangan itu dipercayai berlaku apabila kereta mangsa bergesel dengan sebuah kenderaan lain menyebabkan keretanya melintang di tengah jalan.

"Mangsa telah keluar dari keretanya untuk melihat keadaan kenderaannya dan tiba-tiba sebuah bas ekspres datang merempuh kereta serta Bhaskaran.

"Akibat rempuhan itu mangsa serta keretanya tercampak kira-kira 100 meter dan menyebabkan Bhaskaran mati di tempat kejadian ekoran kecederaan parah," katanya di sini hari ini.

Ahmad Ezzely berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Bukit Mertajam untuk dibedah siasat.

"Menurut pemandu bas ekspres berkenaan dia tidak perasan mangsa dan keretanya berada di tengah jalan," katanya, dan menambah kata siasatan lanjut sedang dijalankan. - BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

Artikel Lain